POKOK GETAH PERTAMA DI MALAYA..

Tahukah kita bahawa Pokok Getah Pertama di Malaya ditanam di Kuala Kangsar, Perak. Terletak berhampiran dengan Pejabat Daerah Kuala Kangsar, pokok getah ini antara pokok getah yang masih hidup daripada sembilan pokok getah yang ditanam dulu. H.N Ridley merupakan individu yang bertanggungjawab mewujudkan industri getah di kawasan Kuala Kangsar

Pokok Getah yang pertama di tanam adalah spesis Hevea Brasiliensis pada tahun 1877 oleh seorang pengusaha Botanical Garden di Singapura iaitu H.J Murton. Sebanyak sembilan biji benih getah telah ditanam di sekitar halaman rumah Residen British Perak pada masa itu, Sir Hugh Low.

Macamana getah sampai ke Tanah Melayu..?

Pada awalnya sebanyak 50 biji benih getah yang pertama telah sampai di Asia Tenggara dimana benih yang berasal dari Sri Langka ini dihantar ke Singapura. Usaha menghantar biji benih buat pertama kali gagal oleh sebab kelewatan di Darmaga. 22 biji benih telah dihantar buat kali kedua dari Taman Kew, England terus ke Singapura pada tahun 1877. Sebahagian biji benih ini telah ditanam di Botanical Garden, Singapura manakala selebihnya telah ditanam ni Kuala Kangsar, Perak.

Pada tahun 1898, ladang getah telah ditubuhkan di Tanah Melayu dengan Estet Getah Pertama adalah di Melaka diantara tahun 1902 - 1903.

Untuk pengetahuan kita semua, Christopher Columbus yang merupakan ahli pelayaran dari Sepanyol merupakan individu pertama yang menjumpai getah di Brazil pada tahun 1473 dan membawa balik ke Eropah untuk kajian.

Sehingga sekarang, pokok getah pertama yang ditanam di Kuala Kangsar ini masih gah berdiri untuk tatapan pancaindera kita semua sebagai bukti bahawa pokok getah yang paling tua di Malaysia terletaknya di tanah bertuah Kuala Kangsar Bandar Diraja...

-A.I.S-

Ulasan