MENARA CONDONG TELUK INTAN..
Sebut saja Teluk Intan, Menara Condong adalah perkara pertama yang berada di dalam kepala. Lokasinya terletak diantara pertemuan dataran segi empat iaitu Jalan Pasar dengan Jalan Ah Cheong dan Jalan Selat dengan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara. Pada asalnya, menara condong ini merupakan sebuah menara tangki air yang kemudiannya ditukarkan sebagai menara jam. Dibina pada tahun 1885, ketinggian menari ini ialah 85 kaki dan terdapat 110 anak tangga. Menara condong di Teluk Intan ini mendapat jolokan menara condong kedua selepas Menara Pisa di Itali. Leong Choon Cheong bertanggungjawab membina Menara Jam ini. Beliau menjadikan reka bentuk Bangunan Pagoda di China sebagai sumber ilhamnya. Pada tahun 1895, berlaku satu banjir besar di Teluk Intan sehingga menara ini tenggelam dan dipercayai menjadi punca menara ini sedikit condong ke arah barat kerana bebanan air yang berat. Untuk pengetahuan, semasa zaman pemerintahan Jepun sekitar tahun 1942 sehingga tahun 1945, menara in