Catatan

MENARA CONDONG TELUK INTAN..

Imej
Sebut saja Teluk Intan, Menara Condong adalah perkara pertama yang berada di dalam kepala. Lokasinya terletak diantara pertemuan dataran segi empat iaitu Jalan Pasar dengan Jalan Ah Cheong dan Jalan Selat dengan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara.  Pada asalnya, menara condong ini merupakan sebuah menara tangki air yang kemudiannya ditukarkan sebagai menara jam. Dibina pada tahun 1885, ketinggian menari ini ialah 85 kaki dan terdapat 110 anak tangga. Menara condong di Teluk Intan ini mendapat jolokan menara condong kedua selepas Menara Pisa di Itali. Leong Choon Cheong bertanggungjawab membina Menara Jam ini. Beliau menjadikan reka bentuk Bangunan Pagoda di China sebagai sumber ilhamnya. Pada tahun 1895, berlaku satu banjir besar di Teluk Intan sehingga menara ini tenggelam dan dipercayai menjadi punca menara ini sedikit condong ke arah barat kerana bebanan air yang berat. Untuk pengetahuan, semasa zaman pemerintahan Jepun sekitar tahun 1942 sehingga tahun 1945, menara in

SEJARAH KOTA A FAMOSA..

Imej
Kota A Famosa atau dalam bahasa Portugis bermaksud " Yang Termasyhur " telah dibina pada tahun 1511 oleh pihak Portugis sebaik sahaja Melaka ditawan oleh mereka. Lokasi A Famosa berada di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan Gereja St. Paul dan replika Istana Kesultanan Melayu Melaka. A Famosa merupakan binaan tertua yang masih ada di Asia hasil seni bina orang Eropah. Kota A Famosa dibina atas arahan Alfonso de Albuquerque sebagai simbol kepada penentangan penduduk Melaka pada masa itu sehingga mereka terpaksa membina sebuah kota pertahanan yang berfungsi sebagai kubu sementara untuk menyekat serangan daripada orang-orang Melayu sebaik saja Portugis berjaya menawan Melaka. Dibina selama lima bulan, Portugis menggunakan buruh paksa yang terdiri daripada tawanan perang untuk menyiapkan kota tersebut dan dalam tempoh tersebut, ramai yang meninggal dunia berpunca daripada cuaca panas dan kekurangan sumber makanan. Pada 10 Ogos 1807, Kerajaan Inggeris kemudia

POKOK GETAH PERTAMA DI MALAYA..

Imej
Tahukah kita bahawa Pokok Getah Pertama di Malaya ditanam di Kuala Kangsar, Perak. Terletak berhampiran dengan Pejabat Daerah Kuala Kangsar, pokok getah ini antara pokok getah yang masih hidup daripada sembilan pokok getah yang ditanam dulu. H.N Ridley merupakan individu yang bertanggungjawab mewujudkan industri getah di kawasan Kuala Kangsar Pokok Getah yang pertama di tanam adalah spesis  Hevea Brasiliensis pada tahun 1877 oleh seorang pengusaha Botanical Garden di Singapura iaitu H.J Murton. Sebanyak sembilan biji benih getah telah ditanam di sekitar halaman rumah Residen British Perak pada masa itu, Sir Hugh Low. Macamana getah sampai ke Tanah Melayu..? Pada awalnya sebanyak 50 biji benih getah yang pertama telah sampai di Asia Tenggara dimana benih yang berasal dari Sri Langka ini dihantar ke Singapura. Usaha menghantar biji benih buat pertama kali gagal oleh sebab kelewatan di Darmaga. 22 biji benih telah dihantar buat kali kedua dari Taman Kew, England te